| Tarikh | : 24 Julai 2018 |
| Masa | : 02.00 petang – 04.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam |
| Pengunjung | : 5 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi Google Earth dan Google Maps, kegunaannya dan cara menggunakan aplikasi tersebut.
Aktiviti
Para pelajar diperkenalkan dengan aplikasi Google Maps dan Google Earth. Pelajar pada mulanya diterangkan tentang tujuan dan kegunaan aplikasi ini serta jemis maklumat yang boleh diperoleh apabila menggunakan aplikasi ini. Pelajar kemudian diberi tunjuk ajar bagaimana mencari dan menggunakan aplikasi ini. Seterusnya pelajar diberi tugasan khas untuk mencari peta lokasi rumah masing-masing.