Perniagaan Aiskrim Lejen Nurul ini diusahakan oleh Pn. Nurul Shaedah. Beliau merupakan ibu kepada 4 orang cahaya mata dan juga suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan ini sejak Oktober 2018 sebagai pendapatan sampingan. Resipi aiskrim diolah sendiri oleh Pn. Syaedah yang mempelajari cara pembuatan aiskrim ini melalui Youtube dan Facebook. Beliau menghantar aiskrim buatan beliau ke Koperasi Tersang untuk jualan. Beliau juga membuat penghantaran ke rumah untuk kawasan terdekat. Kini terdapat pelbagai perisa dan jenis aiskrim yang telah beliau sediakan. Malah beliau juga turut menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, hari jadi dan pelbagai lagi.
