mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – ZURAIDA BT AMING

BELAJAR INTERNET , MENAIP DAN VIDEO

Nama      : ZURAIDA BT AMING

Umur      : 48 tahun

Ahli         : 2014


Latar Belakang 

Pn. Zuraida atau lebih dikenali dengan Makchu Ida merupakan pekerja di kilang penyapu di Kampung Tersang yang sangat berminat menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau mengambil tempahan membuat gubahan hantaran dan ukiran buah-buahan untuk perkahwinan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Tempahan hanya dibuka kepada rakan terdekat dan keluarga terdekat sahaja. Jadi prospek tidak meluas hanya sekelompok sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas belajar di PI, prospek semakin meluas kerana beliau menggunakan FB Pages dan mempromosikan produk beliau secara online dan juga melalui group WhatsApp yang menjadi trend terkini.