mcmc
Laporan Aktiviti

GOOGLE SEARCH : PENCARIAN MAKLUMAT ICT MELALUI KATA KUNCI

 Tarikh :  12 September 2018 
 Masa :  3.00 petang – 5.00 petang
 Lokasi :  Pusat Internet Batu Talam 
 Pengunjung  :  6 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh enam orang pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara mencari maklumat di internet menggunakan kata kunci yang betul mengikut topik diberi.

Aktiviti

Pelajar pada mulanya diberi penerangan dan pendedahan tentang kepentingan internet dan kemudahan mencari maklumat di internet pada masa kini. Pelajar juga diingatkan berwaspada dengan maklumat palsu dan laman web yang berisiko yang banyak terdapat di internet. Kemudian pelajar dikehendaki mencari maklumat berkaitan beberapa topik yang disenaraikan petugas. Pelajar dikehendaki mencari sebanyak mungkin maklumat yang dapat diperoleh daripada pelbagai sumber berbeza bagi setiap topik yang berlainan.

Gambar di sini