| Tarikh | : 27 Ogos 2018 |
| Masa | : 10.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam |
| Pengunjung | : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar lepasan universiti. Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar cara penyediaan resume mengikut standard biasa dan secara infografik. Kelas ini juga menunjukkan cara penyediaan cover letter.
Aktiviti
Pelajar pada mulanya diberi penerangan dan pendedahan berkaitan format standard resume dan contoh-contoh standard resume. Kemudian pelajar diperkenalkan dengan infographic resume serta contoh-contohnya. Pelajar ditunjukkan perbezaan dan cara penyediaan bagi kedua-dua jenis resume tersebut. Seterusnya pelajar diberi penerangan tentang cover letter dan cara menyediakan cover letter, format dan isi kandungannya. Kelas berjalan selama 3 jam bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.