mcmc
Laporan Aktiviti

KDB : PROJECT REPORT & DATA RESEARCH

 Tarikh :  19 Ogos 2018 
 Masa :  10.00 pagi – 1.00 petang
 Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam 
 Pengunjung  :  3 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar dan pendedahan berkaitan penyediaan laporan projek, format, susunan dan isi kandungan projek serta kaedah penyelidikan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan projek berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan.

Aktiviti

Para pelajar pada mulanya diberi penerangan dan pendedahan berkaitan format sesuatu laporan projek, isi kandungan, format laporan, susunan kandungan serta huraian dalam sesuatu isi yang ringkas dan padat. Kemudian pelajar ditunjukkan dengan beberapa contoh laporan projek yang baik, ringkas, tepat dan padat mengikut tajuk yang dipilih. Setelah itu, pelajar diberi penerangan berkaitan cara-cara pengumpulan data dan maklumat serta sumber-sumber penyelidikan yang boleh didapati dan diperoleh mengikut tajuk projek. Pelajar kemudian mula membuat rangka bagi tajuk projek, memulakan pengumpulan data dan maklumat projek serta menaip laporan projek mengikut tajuk pilihan dan berdasarkan format laporan yang betul.

Gambar di sini