mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – MOHAMAD SHARUL AIRIL BIN NIK SAMSUDIN

BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET & MICROSOFT OFFICE

Nama : MOHAMAD SHARUL AIRIL BIN NIK SAMSUDDIN
Umur : 10 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Adik Sharul Airil adalah pengunjung yang sering berkunjung ke PI Batu Talam sejak dari mula dibuka dan mula mendaftar menjadi ahli PI pada 2014. Pada mulanya, seperti kanak-kanak lain, beliau tiada pengetahuan tentang penggunaan komputer dan internet. Namun, beliau sering menghadirkan diri setiap kali petugas PI mengadakan kelas komputer di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Sharul Airil tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tiada pengetahuan dalam melayari Internet. Malah seperti rakan-rakan lain, beliau tiada pengetahuan tentang media digital. Yang mereka ketahui hanyalah tentang Youtube dan Online Game.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas-kelas di PI, Sharul Airil kini sudah mempunyai akaun emel sendiri, malah mampu menggunakan perkhidmatan emel tersebut. Beliau juga kini mempunyai akaun Facebook, Instagram dan WhatsApp, serta mampu menggunakan kaedah E-Learning dengan melayari laman web berkaitan pembelajaran. Beliau juga kini mampu menaip dan menggunakan aplikasi Microsoft Word, Powerpoint dan Excel serta menggunakan Image Editor seperti Paint dan Picasa. Beliau juga sering melibatkan diri dalam pertandingan rekacipta kad ucapan, poster dan menaip pantas yang dianjurkan pihak PI. Kini, beliau juga mampu menyiapkan folio kerja khusus sekolah dengan sendiri menggunakan perkhidmatan PC & Internet di PI.