mcmc
Laporan Aktiviti

EMEL & FACEBOOK

20140629 102638

 

31 MAC 2018

10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

Kelas bersama tiga orang peserta ini memberi pendedahan dan tunjuk ajar berkaitan pembukaan akaun emel dan facebook. Peserta diberi tunjuk ajar cara-cara membuka akaun, penggunaan password yang selamat, cara menggunakan servis yang ada pada emel, dan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa dan selepas menggunakan aplikasi atas talian tersebut. Peserta juga diberi penerangan tentang kepentingan memastikan keselamatan akaun daripada diketahui pihak lain serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil.