mcmc
Laporan Aktiviti

KDB & E-WASTE : PELUPUSAN SECARA SELAMAT & CHECK UR LABEL

IMG 20180424 WA0019

 

24 MAC 2018

DEWAN KG. RIA, SEMANTAN

2.00 PETANG – 4.00 PETANG

4.00 PETANG – 6.00 PETANG

Kelas bersama 22 orang peserta dari semua peringkat umur ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan cara pelupusan yang selamat. Peserta terlebih dahulu diterangkan tentang masalah yang dihadapi melibatkan pelupusan secara tidak selamat, kesan & impaknya kepada individu, masyarakat dan negara. Peserta juga dijelaskan cara dan tindakan yang boleh diambil untuk melakukan pelupusan sisa secara selamat. Peserta seterusnya diberi penerangan dan pendedahan berkaitan Check Your Label yang membolehkan kita memeriksa sekiranya barangan elektrik & elektronik milik kita mempunyai pengesahan selamat daripada pihak MCMC. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk memuat turun aplikasi Check UR Label MCMC agar mereka dapat melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik di rumah.