mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARI 2025

WHATSAPP WEB : MUAT TURUN, MUAT NAIK & HANTAR DOKUMEN

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 02 Januari 2025
: 9.30 pagi – 10.30 pagi
: NADI Batu Talam
: 1 orang

Tujuan :

Membuat muat turun dan muat naik serta penghantaran pelbagai jenis dokumen menggunakan aplikasi Whatsapp Web.

Aktiviti :

1. Pelajar diperkenalkan dengan aplikasi WhatsApp Web, kegunaan dan fungsinya.

2. Pelajar diberi tunjuk ajar cara memuat turun fail dan menyimpan fail.

3. Pelajar diberi tunjuk ajar cara mencari lokasi fail dan memuat naik fail serta menghantar fail.

Lihat gambar disini


MAHIR MASAK – PEMBUATAN MOCKTAIL

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 02 Januari 2025
: 3.00 petang – 4.00 petang
: NADI Batu Talam
: 1 orang

Tujuan :

Tugasan kelas MAHIR Masak untuk pembuatan minuman campuran Mocktail.

Aktiviti :

1. Pelajar MAHIR Masak membuat minuman campuran Mocktail mengikut resipi yang diberi dalam kelas MAHIR Masak.

2. Pelajar menyediakan beberapa variasi minuman Mocktail berdasarkan resipi yang diolah.

Lihat gambar disini


MAHIR GAJET : ASAS BAIKI GAJET

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 18 Januari 2025
: 9.30 pagi – 10.30 pagi
: NADI Batu Talam
: 1 orang

Tujuan :

Kelas pertama iaitu kelas pengenalan kepada modul Asas Membaiki Gajet.

Aktiviti :

1. Peserta mengikuti kelas dan penerangan dari jurulatih luar yang professional secara atas talian.

2. Peserta mendengar penerangan dan mengenali komponen-komponen pada telefon pintar.

3. Peserta diperkenalkan dengan peralatan yang digunakan dalam membaiki telefon.

Lihat gambar disini


MAHIR MASAK : KELAS TIRAMISU VIRAL

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 18 Januari 2025
: 3.00 petang – 4.30 petang
: NADI Batu Talam
: 6 orang

Tujuan :

Kelas pendek MAHIR Masak terbuka kepada semua peringkat umur untuk mempelajari resipi Tiramisu Viral.

Aktiviti :

1. Peserta mengikuti kelas dan penerangan dari chef professional.

2. Peserta mendengar penerangan dan melihat demonstrasi pembuatan Tiramisu Viral oleh chef professional.

3. Peserta diberi resipi dan tips pembuatan Tiramisu Viral untuk dipraktikkan di rumah.

Lihat gambar disini


MAHIR MASAK : PEMBUATAN CAPPUCINO ICE

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 19 Januari 2025
: 9.30 pagi – 10.30 pagi
: NADI Batu Talam
: 1 orang

Tujuan :

Kelas pembuatan pelbagai aneka resipi minuman berasaskan kopi ais.

Aktiviti :

1. Peserta diperkenalkan dengan pelbagai aneka resipi minuman yang berasaskan kopi ais.

2. Peserta melihat demonstrasi pembuatan minuman kopi ais berdasarkan resipi tertentu bagi setiap jenis minuman.

3. Peserta diminta memilih salah satu daripada resipi-resipi yang ada dan membuat kopi ais pilihan iaitu Cappucino Ice.

Lihat gambar disini


MAHIR PERTANIAN PINTAR : PENGENALAN MTS (MAHIR TRAINING SYSTEM)

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 19 Januari 2025
: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
: NADI Batu Talam
: 2 orang

Tujuan :

Kelas pertama bagi kursus NADI MAHIR PERTANIAN PINTAR yang akan memperkenalkan tujuan dan penggunaan MTS (MAHIR Training System) kepada peserta.

Aktiviti :

1. Peserta mengikuti kelas dan penerangan daripada jurulatih professional.

2. Peserta mendengar penerangan mengenai Mahir Training System (MTS) yang akan digunakan sepanjang kursus berjalan.

3. Peserta diberi penerangan dan pengenalan berkaitan kursus MAHIR PERTANIAN PINTAR yang diambil.

Lihat gambar disini


NADI MAHIR MASAK : KOREAN GARLIC CHEESE BUN

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 21 Januari 2025
: 9.30 pagi – 10.30 pagi
: NADI Batu Talam
: 1 orang

Tujuan :

Kelas pembuatan roti, Korean Garlic Cheese Bun.

Aktiviti :

1. Peserta diperkenalkan dengan resipi roti yang viral iaitu Korean Garlic Cheese Bun.

2. Peserta melihat demonstrasi pembuatan roti Korean Garlic Cheese Bun mengikut resipi, sukatan dan cara pembakaran yang telah disediakan.

3. Peserta diberi tugasan membuat sebuah video cara-cara pembuatan Korean Garlic Cheese Bun dari langkah awal (adunan bahan) hingga proses pembakaran roti.

4. Peserta perlu memuat naik video ke dalam Google Drive mengikut pautan yang diberi.

Lihat gambar disini


NADI MAHIR GAJET : PERALATAN & PERKAKASAN BAIKI GAJET

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 25 Januari 2025
: 9.30 pagi – 10.30 pagi
: NADI Batu Talam
: 1 orang

Tujuan :

Peserta diperkenalkan dengan perkakasan dan peralatan yang akan digunakan dalam membaiki gajet, kegunaan dan fungsi serta julat harga bagi setiap peralatan tersebut.

Aktiviti :

1. Peserta diperkenalkan satu persatu dengan setiap perkakasan dan peralatan yang akan digunakan dalam kerja-kerja membaiki gajet.

2. Peserta diberi pengenalan dan penerangan akan kegunaan, fungsi dan kepentingan setiap peralatan tersebut dalam kerja-kerja membaiki gajet.

3. Peserta diberi demonstrasi cara menggunakan setiap peralatan tersebut serta tips untuk memilih dan membeli perkakasan berkenaan.

Lihat gambar disini


WEBINAR MELINDUNGI PERNIAGAAN ANDA : CARA PENGURUSAN AKAUN DAN TRANSAKSI SECARA SELAMAT

Tarikh          
Masa           
Tempat         
Peserta       
: 25 Januari 2025
: 10.00 pagi – 11.30 pagi
: NADI Batu Talam
: 1 orang

Tujuan :

Sesi webinar yang bertujuan memberi kesedaran dan penerangan kepada peserta tentang kepentingan dan cara melindungi perniagaan atas talian melalui pengurusan akaun dan transaksi yang selamat.

Aktiviti :

1. Peserta diberi penjelasan dan penerangan oleh penceramah professional dalam bidang berkaitan.

2. Peserta diberi penerangan mengenai risiko, kepentingan dan cara melindungi perniagaan atas talian.

3. Peserta diberi penerangan berkaitan pengurusan akaun yang efisien dan selamat.

4. Peserta juga diperkenalkan dengan langkah-langkah penting yang perlu diambil semasa melakukan transaksi secara atas talian agar lebih selamat.

Lihat gambar disini