25 JANUARI 2018
10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
Kelas kali ini adalah atas permintaan pelajar yang ingin belajar cara membuat blog dan cara penulisan blog yang menarik. Kelas yang dihadiri dua orang pelajar ini memperkenalkan tentang blog dan tujuan serta manfaatnya. Kemudian pelajar diajar membuat akaun untuk membuat blog sendiri di atas talian. Seterusnya pelajar diperkenalkan tentang ciri-ciri yang terdapat di blog, cara penulisan blog yang menarik dan perkara-perkara yang patut dan tidak patut dimasukkan ke dalam blog tersebut.
