mcmc
Maklumat Setempat

UTAMA

 

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

vs

CYBERCAFE 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013?

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Pelaksanaannya adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. Pelaksanaan program ini adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. Penggunaan PI1M adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

 

PI1M bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan.

 

Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. 

 

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?

Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI1M bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Tiada bayaran akan dikenakan ke atas ahli untuk setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus PI1M yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

 

Apakah perbezaan di antara Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dengan cybercafe sediada?

Setiap penggunaan komputer PI1M adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.