Gerai bubur nasi dan ayam goreng yang diusahakan oleh Pn. Solehayati dan ibunya, Pn. Rusli mula beroperasi pada awal 2017. Gerai ini terkenal di Kg. Batu Talam memandangkan Pn. Rusli dulunya merupakan peniaga nasi lemak yang sangat digemari penduduk sekitar Batu Talam khususnya para pelajar di asrama Sekolah Menengah Al-Falah Batu Talam.
Gerai ini menjual bubur nasi dan ayam goreng sebagai menu utama.
