mcmc
Pendidikan

PENDIDIKAN

 

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH BATU TALAM

Sekolah Menengah Agama Al-Falah telah ditubuhkan pada tahun 1950-an yang ketika itu beroperasi di Surau Sungai Batu Kampung Batu Talam. Pada tahun 1966, sekolah bermula dengan belajar Al-Quran dan Bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 1975, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mendirikan bangunan sekolah yang sesuai dan dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat. Seiring dengan kemajuan dan pembangunan pendidikan fardhu kifayah, beberapa bangunan baru seperti 2 blok bangunan 3 tingkat, asrama, bengkel KHB, dewan besar dan dewan makan asrama telah siap dibina bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang seimbang.

 

Misi : Melahirkan Ummah Yang Berilmu Dan Bertaqwa Melalui Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkualiti Berpaksikan Al-Quran Dan As-Sunnah

 

Visi : Menjadikan Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Terunggul Demi Keselamatan

 

Motto : Ilmu, Amal, Taqwa

 

Tarikh Pembukaan : Tahun 1950-an

 

 Alamat :

Sekolah Menengah Agama Al-Falah,

27610 Raub, Pahang.

Telefon : 09-3697677

Emel     : Smaaf_bt@yahoo.com

 

 

 SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TALAM

Sejarah penubuhan SK Batu Talam bermula pada tahun 1906. Guru Besar yang pertama ialah En. Ali dan jumlah murid ketika itu hanya 30 orang. Ekoran pertambahan murid dan keadaan fizikal sekolah yang kurang selesa, maka pada tahun 1908 sekolah ini berpindah ke sebuah bukit yang dikenali Bukit Aki Pintal di Tanjung Sulaiman. Guru Besar ketika itu ialah En. Kiram. Sekali lagi pada tahun 1910, sekolah ini berpindah ke Tanjung Mat Tong di bawah pimpinan guru besar ketiganya iaitu En. Dahan Bin Imam The.

Pemilihan kawasan sekolah ini sesuai kerana berhampiran dengan penempatan dan selamat daripada banjir. Sekolah ini sekali lagi berpindah ke Bukit Permatang Kacu (tapak sekolah sekarang) pada tahun 1919. Guru Besar ketika itu ialah En. Ahmad Katot. Kini peredaran zaman yang pesat menyebabkan SK Batu Talam berubah wajah dengan dilengkapi pelbagai kemudahan P&P yang lebih selesa untuk murid-muridnya.

 

Jumlah Kakitangan :

  •          Guru                              : 27 Orang
  •          Staf sokongan               :   5 Orang
  •          Staf Sokongan Swasta  :   4 Orang
  •          Pengawal Keselamatan :   4 Orang

 

Jumlah Murid :

  •          Pra Sekolah          :  25 Orang
  •          Tahun   1              :  23 Orang
  •          Tahun   2              :  33 Orang
  •          Tahun   3              :  35 Orang
  •          Tahun   4              :  40 Orang
  •          Tahun   5              :  37 Orang
  •          Tahun   6              :  36 Orang

 

Tarikh Pembukaan :  Tahun 1906

 

Alamat :

Sekolah Kebangsaan Batu Talam,

27610 Raub, Pahang.

Telefon : 09-3697598