mcmc
Maklumat Pi1M

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

IMG 20230807 123850

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional secara rasmi disingkatkan sebagai NADI, merupakan projek kerajaan yang diwujudkan pada tahun 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Fungsi NADI adalah untuk menyediakan peluang kepada setiap individu luar bandar, separa luar bandar, atau bandar, menjalankan perniagaan mereka dalam talian, dan menjangkau ke bahagian lain di dunia.

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) BATU TALAM terletak di kawasan dataran Perumahan SPKA Batu Talam, Kg. Batu Talam di dalam daerah Raub, Pahang. Mula beroperasi pada 18hb Disember 2013, Di sini komuniti dapat menikmati perkhidmatan seperti melayari internet, mencetak, fotostat, dan laminasi.


 

OBJEKTIF PENUBUHAN :

a) Menyediakan akses internet secara kolektif di kawasan kurang liputan dan penduduk berpendapatan rendah.

b) Memberikan latihan dan program berasaskan ICT, keusahawanan, dan multimedia.

c) Meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan modal insan masyarakat luar bandar.

d) Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Projek ini telah mencapai beberapa kejayaan, termasuk melahirkan usahawan atas talian, mempromosikan tempat menarik di sekitarnya, dan menghasilkan kandungan video tempatan.


 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

NADI Batu Talam menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah:

a) Kelas ICT & Internet

b) Asas MIcrosoft Office

c) Aplikasi elektronik ( E-kerajaan , E-pembelajaran , E-dagang )

d) Kelas SteM/IOT

e) Kelas Asas Keusahawanan & Media Sosial


 

KENALI PETUGAS NADI BATU TALAM:

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami:

PENGURUS

 img01

NOR SHARIZAH BINTI ABD. RAZAK

Mula Berkhidmat : OKTOBER 2015

PENOLONG PENGURUS

 img02

NORHAYATI BINTI AB HADI

Mula Berkhidmat : 01 OKTOBER 2013


 

JUMLAH TERKINI AHLI NADI BATU TALAM