Kedai Dobi Ana ini diusahakan oleh Pn. Fauzana bt Zainal Abidin. Beliau mula membuka perkhidmatan dobi pada Januari 2020 dengan membina bangunan kedai di laman hadapan rumah menggunakan modal sendiri. Kedai Dobi Ana menyediakan perkhidmatan dobi cucian kering & basah, cucian karpet & toto serta khidmat menggosok dan melipat pakaian.
Pada mula perniagaan beliau hanya menyediakan khidmat dobi cucian kering & basah, cucian toto dan khidmat menggosok & melipat pakaian dahulu. Bermula lewat Ogos 2020 barulah perkhidmatan cucian karpet dibuka iaitu selepas kelengkapan untuk cucian karpet lengkap.
Dengan modal awal sebanyak Rm 13,000 hingga kini mencapai hampir Rm50,000 sebagai modal mesin dan peralatan dobi serta kelengkapan kedai, Kedai Dobi Ana yang merupakan satu-satunya kedai dobi di Batu Talam kini menerima jumlah pelanggan yang banyak bukan sahaja dari penduduk setempat malah dari penduduk sekitar Batu Talam.
