PENGENALAN KEPADA ICT & PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
| Nama | : NUR HAFIZZAH BINTI ABD RAHMAN |
| Umur | : 9 tahun |
| Ahli | : 2021 |
Latar belakang
Hafizzah merupakan pelajar Tahun 3 di SK Batu Talam. Beliau sering mengikut ibu dan ayah berkunjung ke pusat internet atas pelbagai urusan. Beliau juga sering ke pusat internet sejak tadika apabila pihak tadika membawa murid-murid ke pusat internet untuk menghadiri kelas. Beliau mendaftar sebagai ahli secara rasmi pada Mac 2021. Sejak PI Batu Talam dibuka, Hafizzah sering menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar mengenai ICT, Hafizzah seperti kanak-kanak lain tidak mempunyai pengetahuan tentang komputer dan internet malah tiada pengalaman menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas di PI, kini Hafizzah mampu mengendalikan komputer dengan cekap dan mampu melayari internet sendiri untuk mencari maklumat. Beliau juga mahir menggunakan aplikasi Whatsapp milik ibunya untuk berhubung dan bertanyakan soalan berkaitan tugasan sekolah.
Sejak PDPR dijalankan, beliau juga sering berkunjung ke pusat internet dan mampu mengendalikan komputer dengan baik untuk menjawab kuiz dan membuat tugasan yang diberi.







