PENGENALAN KEPADA ICT & MEDIA BARU
| Nama | : ZAITUN BINTI MAT YUSOP |
| Umur | : 60 tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Pn. Zaitun merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan merupakan ahli di Pusat Internet Komuniti Batu Talam. Beliau sangat berminat untuk mempelajari hal berkaitan komputer dan internet. Beliau juga selalu menghadiri kelas-kelas ICT yang diadakan oleh petugas Pusat Internet serta menyertai pertandingan anjuran Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar mengenai ICT, Pn. Zaitun memang tiada pengalaman menggunakan komputer dan tiada pengetahuan berkaitan media sosial dan media elektronik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas di PIK, Pn. Zaitun kini boleh mengenali perkakasan komputer dan mahir mengendalikan komputer. Beliau juga kini mempunyai akaun FB dan kini boleh menggunakan WhatsApp untuk berhubung dan menyertai kumpulan qariah dan grup-grup di WhatsApp dan FB.
Beliau kini juga lebih mahir mengendalikan tetikus dan menggunakan papan kekunci. Beliau sering hadir ke PIK untuk menggunakan PC sama ada untuk latihan menaip, bermain puzzle serta pelbagai aktiviti dan latihan lain lagi.




