PENGENALAN KEPADA KOMPUTER
| Nama | : ZURAIDA BT AMING |
| Umur | : 52 tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Zuraidah merupakan seorang surirumah yang sangat aktif di Pusat Internet dan juga jawatankuasa di perumahanBatu Talam ini. Beliau sangat meminati gubahan Bungan dan juga kraftangan yang menarik.
Beliau sentiasa datang ke Pusat Internet untuk mencari video kraftangan dalam mengasah bakat beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar mengenai ICT, Puan Zuraidah hanya belajar melalui gambar sahaja kerana tak tahu cara nak belajar melalui video. Beliau hanya menyertai grup WhatsApp dengan berkongsi gambar cara membuat kraftangan seperti mengait dan gubahan Bunga.
Tetapi cara ini agak sukar kerana hanya dengan melihat melalui lukisan atau gambar sahaja menyebabkan sukar untuk belajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas datang ke PI, kini Puan Zuraidah dapat mengetahui cara membuat gubahan dan kraftangan melalui YOUTUBE. Di sini juga beliau diajar cara memuat turun video dan simpan melalui telefon pintarnya.
Cara ini membantu memudahkan Puan Zuraidah belajar dengan lebih banyak dan efisyen lagi. Selain itu juga, Puan Zuraida juga diajar membuka akaun Facebook untuk beliau menyertai group group gubahan Bunga dan kraftangan untuk memantapkan lagi seni kraf beliau.
Kini, Puan Zuraida sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan hasil dari kreativiti beliau sendiri.





