mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : NOOR ADILA BINTI AB HADI

KAIN BATIK LEMBUT, JAWA DAN PELIKAT

Nama : NOOR ADILA BINTI AB HADI 
Umur : 31 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Beliau mula terjebak melakukan dropship jualan Kain Batik atas pujukan rakan yang merupakan ejen produk tersebut.

Pada mulanya beliau mengiklankan produk jualannya melalui grup-grup di WhatsApp iaitu kepada saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kemudian, beliau mula mempromosikan produk melalui Facebook, Telegram dan Instagram. Kini prospek pelanggan beliau tidak terhad kepada kenalan dan kawasan sekitar sahaja tetapi terdapat juga pelanggan dari luar daerah seperti dari Kuala Lumpur, Lipis dan Bentong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya mengiklankan produk jualan di dalam grup WhatsApp yang melibatkan saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet, pasaran lebih meluas setelah aktiviti promosi dan pengiklanan dijalankan melalui media sosial yang lain iaitu di Facebook, Telegram dan Instagram yang mana pasaran pelanggan adalah lebih meluas dan dari seluruh Negara.