mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : PN. ZAHARAH BT MOHD NOR

USAHAWAN KATERING CHINTA ANIS KHAIZARA

Nama : ZAHARAH BT MOHD NOR  
Umur : 35 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Beliau bermula pada tahun 2014. Beliau pernah mengikuti kursus pengendalian makanan dan kursus asas katering sebelum mula meniaga secara kecil-kecilan dengan menghantar tempahan bekal makanan tengah hari dan pastri ke rumah atau pejabat pelanggan.

Kini beliau memulakan perniagaan katering dan menerima tempahan untuk sambutan harijadi, majlis pertunangan, doa selamat, akad nikah serta tempahan untuk majlis di sekolah-sekolah dan pejabat. Beliau juga kini membuka tempahan kuih raya dan pelbagai jenis pastri. Sehingga kini, purata pendapatan bersih beliau bagi setiap bulan adalah sekitar RM5000 dan ke atas mengikut tempahan yang diterima.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya mengambil tempahan dari komuniti sekitar sahaja dan membuat penghantaran ke rumah berhampiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet, skop pelanggan adalah lebih luas dan beliau mampu menerima jumlah tempahan yang lebih banyak pada satu-satu masa. Selain itu, jarak penghantaran tempahan juga kini lebih jauh dan beliau mempunyai sejumlah pelanggan tetap yang sentiasa membuat tempahan pada setiap minggu.