mcmc
Laporan Aktiviti

MENGISI PROFIL MPKK – SISTEM PROFIL KAMPUNG PERINGKAT NASIONAL

Tarikh :  03 September 2019
 Masa :  9.00 pagi – 3.00 petang 
 Lokasi :  PI Batu Talam
 Pengunjung  :  6 orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan dan tunjuk ajar cara mengisi profil MPKK menggunakan aplikasi Sistem Profil Kampung.

Aktiviti

Program ini adalah dengan kerjasama pihak KEMAS Raub yang menjemput wakil MPKK kampung di sekitar Kampung Batu Talam untuk mengikuti latihan dan kelas menggunakan Sistem Profil Kampung untuk mengisi profil MPKK kampung masing-masing. Kelas ini dihadiri oleh 6 orang wakil dari MPKK Batu Talam, MPKK Batu Malim dan MPKK Semantan serta wakil dari KRT SPKA Batu Talam. Peserta dikehendaki memasukkan maklumat terbaru berkaitan MPKK dan kampung ke dalam sistem tersebut. Kelas dijalankan dengan bimbingan daripada petugas PI dan wakil KEMAS.

Gambar di sini