SEBRAN QUIZZES – MEMORY GAME BERSAMA PPDK CHEROH
| Tarikh | : 08 Julai 2019 |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : PI Batu Talam |
| Pengunjung | : 4 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan dan latihan secara permainan interaktif menggunakan aplikasi SEBRAN.
Aktiviti
Pelatih diberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi SEBRAN untuk membuat latihan secara bermain permainan memori bergambar. Pelatih dikehendaki mengingati kedudukan setiap gambar dan kemudian mencari pasangan gambar tersebut. Setiap pusingan akan dicatat masa terpantas yang diambil pelatih untuk menghabiskan setiap pilihan pasangan bergambar tersebut. Latihan ini sekaligus dapat menguji keupayaan pelatih mengingat dan mengenal gambar dan objek yang dipaparkan di skrin komputer.