.jpg
5 MAC 2017
3.00 PETANG – 5.00 PETANG
Kelas keusahawanan ini memperkenalkan peserta dengan aplikasi perbankan atas talian. Di dalam kelas ini, peserta diajar cara membuka akaun e-banking serta ciri-ciri yang ada pada e-banking. Peserta juga diterangkan tentang ciri-ciri keselamatan yang perlu diambil sewaktu melakukan transaksi dan selepas melakukan transaksi secara atas talian menggunakan e-banking sebagai langkah berjaga-jaga. Peserta juga didedahkan tentang ciri-ciri keselamatan yang perlu diambil kira semasa membuka akaun seperti penggunaan kata laluan yang selamat.