| Tarikh | : 27 Januari 2019 |
| Masa | : 4.00 petang – 6.00 petang |
| Lokasi | : PI Batu Talam |
| Pengunjung | : 4 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan berkaitan rangkaian internet dan penyebaran maklumat palsu.
Aktiviti
Pelajar mula-mula diberikan pendedahan mengenai pengenalan kepada rangkaian Internet. Seterusnya pelajar diterangkan pula berkenaan penyebaran maklumat palsu, kesan dan akibatnya serta akta berkaitan kesalahan tersebut. Kemudian pelajar dikehendaki menjawab soalan kuiz berkaitan kedua-dua topik yang telah dijelaskan dengan menggunakan aplikasi Kahoot!. Pemenang dengan markah paling tinggi akan menerima hadiah misteri yang disediakan oleh petugas pusat internet.